Terma Penggunaan
Berkuat kuasa: 26 November 2026 · English summary · Dasar Privasi
Terma ini ialah perjanjian antara anda dan pengendali OhCukai ("kami"), yang mengendalikan OhCukai di ohcukai.com, app.ohcukai.com dan app mudah alih OhCukai. Dengan mendaftar atau menggunakan OhCukai, anda bersetuju dengan Terma ini dan Dasar Privasi. Jika tidak bersetuju, jangan guna OhCukai.
1. Apa itu OhCukai
OhCukai ialah alat untuk menyimpan resit, merekod income dan menganggar cukai pendapatan anda sendiri. OhCukai bukan ejen cukai, akauntan atau penasihat cukai, dan tiada kaitan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) atau mana-mana agensi kerajaan. Maklumat rasmi ada di hasil.gov.my.
2. Bukan nasihat cukai
- Anggaran cukai, kategori tolakan, Skor Sedia Audit, tarikh akhir dan fakta penalti dalam app adalah panduan umum berdasarkan maklumat yang anda masukkan dan kadar yang kami ketahui. Ia boleh tidak tepat atau ketinggalan zaman.
- Anda bertanggungjawab sepenuhnya atas borang nyata cukai (contohnya Borang B atau BE), angka yang anda isytihar, dan bayaran cukai anda. Semak dengan ejen cukai berlesen sebelum memfailkan jika ragu.
- Cadangan AI (bacaan resit, kategori) mungkin salah. Semak setiap rekod sebelum menyimpan.
3. Khidmat susun dokumen dan bantuan audit
Khidmat susun rekod, pek sedia audit dan kelas yang kami tawarkan adalah bantuan pentadbiran dan pendidikan umum, bukan nasihat cukai. Khidmat berbayar tertakluk kepada sebut harga dan terma berasingan. Perwakilan rasmi di hadapan LHDN, dan penyediaan atau pemfailan borang nyata bagi pihak anda untuk bayaran, hanya dibuat oleh ejen cukai yang diluluskan di bawah seksyen 153 Akta Cukai Pendapatan 1967. Kami tidak menjamin apa-apa keputusan audit, taksiran atau penalti.
4. Akaun anda
- Anda mesti berumur 18 tahun ke atas dan memberi maklumat yang benar.
- Jaga kata laluan anda. Anda bertanggungjawab atas aktiviti dalam akaun anda. Maklumkan kami segera jika akaun anda disalahgunakan.
- Satu akaun untuk satu orang atau satu perniagaan. Jangan kongsi akaun.
5. Penggunaan yang dilarang
Anda tidak boleh menggunakan OhCukai untuk memalsukan resit atau rekod, mengelak cukai, menyimpan kandungan yang menyalahi undang-undang, mengganggu atau cuba menceroboh sistem kami, atau mengakses akaun orang lain. Kami boleh menggantung atau menutup akaun yang melanggar Terma ini.
6. Data dan rekod anda
- Rekod, resit dan fail yang anda muat naik kekal milik anda. Anda memberi kami kebenaran untuk menyimpan dan memprosesnya hanya untuk menjalankan OhCukai, seperti diterangkan dalam Dasar Privasi.
- LHDN mewajibkan rekod disimpan 7 tahun. OhCukai membantu, tetapi anda bertanggungjawab menyimpan salinan sendiri. Muat turun Eksport ZIP secara berkala.
- Kami berusaha menjaga data dengan selamat dan membuat sandaran, tetapi tidak menjamin perkhidmatan bebas gangguan atau kehilangan data.
7. Pelan percuma dan berbayar
- Pelan Percuma tersedia dengan had yang dipaparkan dalam app dan di laman kami.
- Untuk pelan berbayar, harga (dalam RM, termasuk apa-apa cukai yang dikenakan), tempoh, cara bayar, pembaharuan dan polisi refund dipaparkan dengan jelas sebelum anda membayar, dan menjadi sebahagian Terma ini.
- Jika pelan diperbaharui secara automatik, kami akan memaklumkan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum caj, dan anda boleh membatalkan pembaharuan bila-bila masa sebelum tarikh itu. Pembatalan berkuat kuasa pada akhir tempoh yang telah dibayar.
- Kami boleh menukar harga. Perubahan tidak menjejaskan tempoh yang telah dibayar, dan dimaklumkan sebelum pembaharuan seterusnya.
- Jika pelan tamat, resit dan rekod anda kekal boleh dilihat dan dimuat turun.
- Pembelian melalui Google Play atau App Store juga tertakluk kepada terma kedai itu.
- Hak anda di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 tidak terjejas oleh Terma ini.
8. Program referral dan Rakan Affiliate
Ganjaran referral dan komisen Rakan Affiliate tertakluk kepada terma program yang dipaparkan semasa program dilancarkan, termasuk syarat kelayakan dan kelulusan. Program ini satu tingkat sahaja: tiada ganjaran untuk rekrut di bawah rekrut. Kami boleh menahan, membatalkan atau menuntut balik ganjaran jika terdapat penipuan, rujukan diri sendiri atau refund. Komisen tunai ialah pendapatan anda dan boleh dilaporkan kepada LHDN (contohnya melalui Borang CP58).
9. Perkhidmatan pihak ketiga dan tanda dagangan
OhCukai menggunakan perkhidmatan pihak ketiga seperti Google (Gmail), penyedia AI, storan awan dan penyedia pembayaran. Penggunaan anda terhadap perkhidmatan itu juga tertakluk kepada terma mereka. Nama dan logo kedai atau platform yang dipaparkan pada resit anda adalah milik pemilik masing-masing dan digunakan hanya untuk mengenal pasti penjual. Ia tidak bermakna mereka menaja atau bekerjasama dengan OhCukai.
10. Hak milik OhCukai
Nama OhCukai, logo, reka bentuk dan perisian app adalah milik kami. Anda tidak boleh menyalin, menjual semula atau membina produk pesaing daripadanya.
11. Had liabiliti
Setakat yang dibenarkan undang-undang: (a) OhCukai disediakan "seperti sedia ada"; (b) kami tidak bertanggungjawab atas cukai, penalti, kenaikan cukai, faedah atau kerugian yang timbul daripada keputusan cukai anda, angka yang anda isytihar, atau kesilapan dalam data yang anda masukkan atau cadangan AI; (c) jumlah liabiliti kami kepada anda untuk apa-apa tuntutan tidak melebihi jumlah yang anda bayar kepada kami dalam 12 bulan sebelum tuntutan, atau RM100 jika anda pengguna percuma. Tiada apa-apa dalam Terma ini mengehadkan liabiliti yang tidak boleh dihadkan di bawah undang-undang Malaysia.
12. Penamatan
Anda boleh berhenti dan memadam akaun bila-bila masa (lihat cara padam akaun). Kami boleh menutup akaun yang melanggar Terma ini, dengan notis jika munasabah. Jika kami menghentikan OhCukai sepenuhnya, kami akan memberi notis sekurang-kurangnya 30 hari supaya anda boleh memuat turun rekod anda, dan memulangkan bayaran bagi tempoh yang belum digunakan.
13. Perubahan Terma
Kami boleh mengemas kini Terma ini. Perubahan penting dimaklumkan dalam app atau melalui emel sebelum berkuat kuasa. Terus menggunakan OhCukai selepas itu bermakna anda menerima Terma baru.
14. Undang-undang
Terma ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia, dan mahkamah Malaysia mempunyai bidang kuasa. Jika terdapat percanggahan antara versi Bahasa Melayu dan English, versi Bahasa Melayu terpakai.
15. Hubungi kami
English summary
These Terms are an agreement between you and the operator of OhCukai ("we"). By signing up or using OhCukai you accept these Terms and the Privacy Policy.
- OhCukai is a record-keeping and tax-estimate tool. It is not a tax agent, accountant or tax adviser, and is not affiliated with LHDN or any government agency.
- Estimates, scores, deadlines and AI suggestions are general guidance and may be wrong. You are responsible for your tax returns and payments. Paid representation before LHDN or filing returns for a fee is done only by tax agents approved under section 153 of the Income Tax Act 1967.
- You must be 18 or older, keep your password safe, and not use OhCukai for fraud or tax evasion.
- Your records stay yours. Keep your own copies for 7 years (Export ZIP).
- Paid plan prices, renewal and refund terms are shown before you pay. Auto-renewal, if any, is notified at least 7 days before charging and can be cancelled. Your rights under the Consumer Protection Act 1999 are not affected.
- Referral rewards are single-level and may be withheld for fraud or refunds.
- Store names and logos on your receipts belong to their owners and imply no endorsement.
- To the extent allowed by law, our liability is limited to the amount you paid us in the last 12 months (or RM100 for free users). We are not liable for taxes, penalties or losses from your tax decisions.
- Malaysian law applies. If the Malay and English versions differ, the Malay version applies.